Tuesday 12 July 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Sempena Kedatangan Ramadhan

Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Taman Sri Damar telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan rombakan kecil jawatankuasa surau dan perancangan aktiviti sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Rujuk minit mesyuarat di bawah untuk maklumat lanjut :

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA SESI 2010/2011
SURAU AL-HIDAYAH, TAMAN SRI DAMAR, 71700 MANTIN,
NEGERI SEMBILAN

Tarikh    : 10 Julai 2011 (Ahad)
Masa     : 8.15 mlm
Tempat  : Surau Al-Hidayah, Taman Sri Damar

Kehadiran :
1.       En. Jamaluddin
2.       En. Asrin b. Zainal
3.       Sdr. As’ad b. Mohamad Sarif
4.       En. Boestamam
5.       En. Yusni
6.       En. Rosli
7.       En. Shahrul Ramdhan
8.       Sdr. Mohd Hasrul
9.       Pn. Zainur

Agenda :
1.       Rombakan Jawatankuasa
2.       Perancangan Aktiviti Ramadhan
3.       Hal-Hal Lain

Bil.
Perkara
Catatan/ Tindakan
1.
Ucapan Pengerusi Majlis

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

1.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK yang sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat. Seterusnya, mesyuarat diadakan untuk membincangkan tentang rombakan kecil di peringkat jawatankuasa surau selain turut membabitkan perancangan khusus sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.


Makluman
2.
Pembentangan Laporan

2.1 Bendahari, En. Asrin b. Zainal melaporkan jumlah kewangan semasa Surau Al-Hidayah seperti berikut :

      Tunai : RM 300
      Bank  : RM 500
      Jumlah : RM 800


3.
Agenda 1 : Rombakan Jawatankuasa

2.1 Rombakan jawankuasa terpaksa dilakukan kerana terdapat AJK yang telah berpindah kediaman atas sebab kerja. Selain itu, hal ini juga bertujuan menggantikan AJK yang tidak aktif untuk merancakkan perjalanan aktiviti surau.

2.2 Berikut merupakan barisan jawatankuasa yang telah dipersetujui :

Setiausaha : Sdr. As’ad b. Mohamad Sarif (sementara)
Imam : Us. Hanif b. Abd Rahman (dibantu oleh Sdr. Syahmi dan Sdr. As’ad)
Bilal : Sdr. Azhar (dibantu oleh Sdr. Adha Norsyad)
Siak : En. Rosli (dibantu oleh Sdr. Akmal b. Mohd Tamyes)

2.3 Jawatankuasa khusus akan dibentuk untuk mengendalikan hal-hal berkaitan tahlil arwah, kenduri-kendara, kematian dan sebagainya. Kumpulan ini akan menjalani latihan/ kursus berkaitan perkara-perkara tersebut sebagai persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan yang mendatang di samping memenuhi tuntutan penduduk muslim setempat. Berikut merupakan jawatankuasa khas yang dibentuk mewakili setiap perumahan :

Taman Bukit Saga :
      1. En. Mohd Yusni
      2. En. Boestaman

Taman Sri Damar :
      1. En. Asrin b. Zainal
      2. En. Jamaluddin b. Abd Rahim
      3. En. Yusrin
      4. En. Shahrul Ramdhan


4.
Agenda 2 : Perancangan Aktiviti Ramadhan

3.1 Pengerusi mencadangkan agar diadakan majlis menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Berikut merupakan cadangan pelaksanaan majlis yang telah dipersetujui :

      Tarikh : 23 Julai 2011 (Sabtu)
      Masa : 7.30 mlm
      Penceramah : Imam Muda Ahmad Hazran
      Jamuan : Makanan dibawa oleh jemaah dari rumah masing-masing

3.2 Pengerusi membangkitkan tentang jumlah imbuhan untuk imam dan bilal sempena solat tarawih. Jumlah yang dipersetujui ialah seperti tahun-tahun sebelum ini.

3.3 En. Rosli mencadangkan agar pihak surau memohon peruntukan untuk mengadakan aktiviti Ramadhan daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.


5.
Hal-Hal Lain

4.1 Penubuhan Kelab Futsal Surau Al-Hidayah

4.1.1 Kelab futsal Surau Al-Hidayah akan diwujudkan sebagai salah satu method untuk menarik para remaja turut serta menjayakan aktiviti surau. Setakat ini, sebuah perlawanan persahabatan telah diadakan bertempat di gelanggang futsal Taman Sri Andalas.

4.1.2 Perlawanan persahabatan secara berkala sedang diatur bagi merancakkan lagi aktiviti riadhah Surau Al-Hidayah.


5.
Penutup

5.1 Mesyuarat berakhir pada jam 9.45 mlm dengan bacaan tasbih kaffarah dan Surah Al-’Asr




Disediakan oleh,



..........................................................
(AS’AD BIN MOHAMAD SARIF)
Setiausaha,
Surau Al-Hidayah,
Taman Sri Damar.

Disemak oleh,


...............................................................
(JAMALUDDIN BIN ABD. RAHIM)
Pengerusi,
Surau Al-Hidayah,
Taman Sri Damar.


No comments:

Post a Comment