Tuesday 1 March 2016

Majlis Khatam Al-Quran 2015

Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Sri Damar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran bagi Tahun 2015 di Surau Al-Hidayah, Taman Sri  Damar, Mantin. Program ini melibatkan anak-anak serta ahli-ahli Qariah surau.

Majlis Penyampaian cenderahati turut diadakan bagi memberi penghargaan kepada anak-anak dan ahli-ahli Qariah surau yang turut serta. Semoga kita sama-sama mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah SWT.




Mesyuarat Perdana Surau Al-Hidayah 2016


Mesyuarat Perdana : Surau Al-Hidayah Sri Damar, Mantin
Pada : 28 Februari 2016 (Ahad) jam 7.50 petang

Pengerusi surau mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Ahli Qariah yang meluangkan masa hadir ke mesyuarat perdana pada kali ini. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah:

1. Membuat sedikit rombakan pada barisan AJK yang sediada.
2. Melantik beberapa AJK yang baru.
3. Membincangkan perkara/isu yang dibangkitkan pada mesyuarat yang lepas dan perkara-
    perkara baru yang akan dilaksanakan.
4. Perlantikan Biro Wanita
5. Sel Pengajian
6. Membuat Takwim Tahunan Surau
7. Membincangkan pembangunan surau untuk masa akan datang

Pengerusi menyeru agar semua barisan AJK bersama-sama berganding bahu bagi menambahbaikan daripada semua aspek untuk kebaikan surau.









Kursus Pengurusan Jenazah (Lelaki)

Surau Al-Hidayah, Taman Sri Damar, Mantin telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah pada 15-16 Februari 2014. Kursus ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada qariah surau tentang cara pengurusan jenazah yang betul jika berlaku kematian.
Selain itu para peserta yang menyertai kursus ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan soalan-soalan berkaitan pengurusan jenazah, kematian dan lain-lain hal yang berkaitan.
Antara pengisian program ini termasuklah pembentangan kertas kerja, latihan praktikal dan sesi soal jawab. 




Kem Ibadah Qariah Surau

Alhamdulillah berkat kesungguhan barisan ahli-ahli jawatankuasa surau berdakwah sekitar kejiranan setempat, Surau Al-Hidayah telah berjaya melaksanakan kem ibadah qariah surau.

Objektif kem tersebut adalah bagi:

1) Menghidupkan Sunnah
2) Memantapkan Iman
3) Mendekatkan diri pada Allah

Semoga usaha murni ini akan berterusan ..in shaa Allah ..aamiin yarabbal`alamin