Tuesday 12 July 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Surau Al-Hidayah Sempena Kedatangan Ramadhan

Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Taman Sri Damar telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan rombakan kecil jawatankuasa surau dan perancangan aktiviti sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Rujuk minit mesyuarat di bawah untuk maklumat lanjut :

Wednesday 6 July 2011

Peranan Masjid Nabawi Pada Zaman Awal Kemunculan Islam - Model Pemerkasaan Institusi Masjid

Pembinaan Masjid Nabawi

Hijrah Rasulullah S.A.W dan kaum Muhajirin dari Mekah ke Madinah merupakan titik mula terbentuknya sebuah negara Islam pertama di muka bumi ini. Nabi S.A.W telah melaksanakan tiga strategi penting untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan orang Islam, khususnya antara Muhajirin dan Ansar serta masyarakat lain yang ada di Madinah pada ketika itu. Bermula dengan pembinaan Masjid Nabawi, diikuti dengan proses mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar sehinggalah merangka perlembagaan Madinah yang berperanan sebagai peraturan dalam kehidupan sesama Islam. Begitu juga hubungan mereka dengan bangsa-bangsa lain khususnya bangsa Yahudi[1]. Apabila sampai di Madinah, tindakan pertama yang dilakukan oleh Nabi S.A.W ialah memilih tempat unta baginda berhenti duduk untuk dijadikan lokasi pembinaan masjid. Tempat tersebut adalah milik dua orang kanak-kanak Ansar yang yatim. Baginda membuat tawar-menawar dengan mereka berdua. Mereka berkata, “Kami berikannya kepada kamu wahai Rasulullah”. Namun baginda berkeras untuk membelinya dengan harga 10 dinar emas yang dibayar menggunakan harta Abu Bakar Al-Siddiq.  Kemudian baginda mengajak orang Islam untuk turut serta membina masjid. Sebahagian fizikalnya dibina dengan batu blok, manakala sebahagian lagi dengan pelepah tamar yang diikat dengan tanah liat. Atapnya diperbuat daripada pelepah tamar, manakala mihrabnya daripada batu-bata dan ada pendapat mengatakan diperbuat daripada batu-batu kecil[2].

Saturday 2 July 2011

Institusi Masjid Atau Surau Dalam Komuniti Muslim

Definisi & Konsep Pembinaan Masjid

                Institusi masjid sebenarnya memainkan peranan yang amat besar dan penting dalam mencorak masyarakat khususnya dalam komuniti muslim. Hal ini dapat diperhatikan melalui pelaksanaan fungsi masjid yang pelbagai pada zaman awal kemunculan Islam hingga era pemerintahan Umaiyah, Abbasiyah dan seterusnya. Masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk mendirikan solat berjemaah, malah menjadi medan atau pusat kegiatan masyarakat. Inilah yang menjadikan masyarakat Islam pada ketika itu unggul dalam segala aspek.

Monday 20 June 2011

Kelebihan Solat Berjemaah

Pengertian solat jemaah
Solat jemaah ialah solat beramai-ramai yang sekurang-kurang bilangannya selain daripada solat fardhu Jumaat ialah 2 orang.
Seorang menjadi imam dan seorang menjadi makmum. Semakin ramai bilangan jemaah maka semakin besar pula fadhilat pahalanya.
Solat jemaah adalah berlainan hukumnya menurut jenis solat yang dikerjakan, iaitu:
  1. Fardhu ain pada solat Jumaat;
  2. Fardhu kifayah pada solat fardhu lima waktu; dan
  3. Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.