Kalam Pengerusi


Khusus Kepada Warga Islam Taman Sri Damar, Angsana, Bkt Saga, Bkt Belian , Desa & Kenanga.

Kaum muslimin & muslimat yang dirahmati Allah, 
"Selamat Menyambut Ramadhan"..

 Marilah kita mempertingkatkan lagi amalan kita dengan penuh ketaqwaan dan tulus ikhlas kita kepada Allah Subhanahu Wataala lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan mubarak yang bakal menjelang dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan menjauhi diri kita dari segala apa jua yang dilarang. Semoga kita mendapat Inayah dan Hidayah dari Allah Subhanahu Wataala jua di dunia dan di akhirat.

Bulan Ramadhan adalah bulan membawa rahmat, bulan Maghfirah ( keampunan ) bulan yang membawa berbagai-bagai hikmah dan rahsia. Di dalam bulan-bulan ini banyak peristiwa-peristiwa penting telah berlaku seperti Nuzul Al-Quran dan malam Lailatul Qadar. Satu bulan yang pada bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujunganya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang mengerjakan amalan sunat ganjarannya seumpama ia mengerjakan satu amalan fardhu pada bulan-bualan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu dalam bulan Ramadhan adalah seumpama ia mengerjakan 70 fardhu
pada bulan-bulan yang lain.

Kesempatan yang terluang dengan baki usia yang sedia ada ini marilah kita mengambil kesempatan untuk muhasabah diri diatas dosa yang telah kita lakukan dan mengambil peluang keemasan di bulan Ramadhan yang bakal menjelang  tiba untuk melakukan taubat dan memohom keampunan dari Allah SWT. 
Justeru itulah saya merayu kepada kaum muslimin dan muslimat, jadilah Surau Alhidayah Taman Sri Damar ini sebagai platform untuk merintih keampunan dari Allah SWT dengan melakukan solat fardhu & sunat tarawih secara berjemaah.

Insyallah..kami  dari AJK Surau Al-Hidayah sedang berusaha sebaik yang mungkin untuk
memberi perkhidmatan yang baik bagi keselesaan jemaah sepanjang bulan ramadhan dan bulan-bulan seterusnya. Untuak mendapat keselesaan tersebut, ada beberapa perkara perlu di lakuakan dan memerlukan sumber kewangan mengikut jumlah yang tertentu. Oleh kerana Surau Al-Hidayah Taman Sri Damar mempunyai sumber kewangan yang terhad maka sumbangan "Jariah" dikalangan penduduk qariah sangat-sangat dialu-alukan. Bagi sesiapa yang ingin menyalurkan bantuan samada berbentuk kewangan atau perkhidmatan bolehlah menguhubungi saya secara langsung.

Sekian...

Terima Kasih..