Sejarah

Kronologi Pembinaan Surau Al-Hidayah

1.    Taman Sri Damar telah diberi Sijil Menduduki, Certificate of Fitness (CF) pada tahun 2001. Setahun kemudian, atas kesedaran untuk mewujudkan semangat kejiranan dan mencapai permuafakatan dalam melaksanakan tuntutan fardhu kifayah, satu perjumpaan bersama komuniti muslim telah diadakan sebagai langkah awal untuk membina hubungan silaturrahim dalam kalangan komuniti muslim di kawasan ini sekaligus melantik barisan jawatankuasa sementara untuk membina surau. Hasil persetujuan mesyuarat, Taski ABIM Al-Ain yang beroperasi di alamat, No. 42 akan dijadikan tempat sementara untuk menjalankan aktiviti solat berjemaah bermula 21 Disember 2002. Dalam pada itu, En. Jamaluddin b. Abd Rahim telah dilantik sebulat suara sebagai pengerusi surau. Lihat lampiran 1 di bawah :

2.       Pada tahun 2003, surau sementara tersebut terpaksa dipindahkan ke rumah dua tingkat yang beralamat di No. 15, Taman Sri Damar kerana kos sewaan yang mahal, terpaksa ditanggung oleh pihak Taski ABIM Al-Ain.

3.       Seterusnya, pada 9hb Januari 2003, permohonan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk merizab dan mewartakan satu lokasi tanah di Taman Sri Damar untuk dijadikan tapak surau berjaya dilakukan.

4.      Februari 2003, beberapa permohonan untuk mendapatkan peruntukan pembinaan surau telah dihantar namun tidak dilayan sehingga pengerusi surau bertindak nekad untuk menemui terus Menteri Besar Negeri Sembilan (YAB Dato’ Mohd Isa b. Samad) di kediaman rasmi beliau di Seremban untuk mendapatkan peruntukan kewangan pembinaan surau. Hasil rundingan dengan Setiausaha Peribadi MB, akhirnya pada 16hb April 2003, pihak MB telah memanjangkan tuntutan tersebut terus kepada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah b. Ahmad Badawi.

5.       Berkat doa seluruh penduduk muslim Taman Sri Damar, akhirnya pada 2hb September 2003, kelulusan permohonan telah diperoleh daripada Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan. En. Jamaluddin b. Abd Rahim (Pengerusi Surau) bersama En. Tamyis telah hadir ke sebuah majlis bersama MB bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Wisma Negeri untuk menerima surat kelulusan.

 
6.       Akhirnya pada tahun 2004, Surau Al-Hidayah berjaya didirikan dan barisan AJK baru telah dilantik untuk memantapkan perjalanan aktiviti kerohanian sebagai tuntutan fardhu kifayah.

7.       Memandangkan fasa pertama pembinaan surau terdapat banyak kecacatan, pihak pengurusan surau sekali lagi memohon bantuan kewangan untuk tujuan pembaikan Surau Al-Hidayah.