Monday, 29 February 2016

Sambutan Maulidur Rasul

Bersempena dgn sambutan Majlis Maulidur Rasul pada 9 Jan 2016,  pihak surau telah mengadakan ceramah dengan menjemput Ustaz Shihabudin Alan Mat Piah (Mantan Pegawai Dakwah JAKIM) bagi menyampaikan ceramah beliau yang mana antara intipati ceramah tersebut adalah berdakwah mengajak sesama umat manusia untuk berada di dalam saf solat di masjid/surau.

Pada masa yang sama, pihak surau bersama-sama khariah taman-taman yang berdekatan telah bergotong-royong untuk menyediakan jamuan gulai kawah bagi menjamu tetamu pada malam tersebut.






No comments:

Post a Comment